Followers

Thursday, December 22, 2011

Permulaaan, Pertengahan dan Penghujung

Tuhan berikan petanda supaya kuselamat disana, supaya ku selamat disini.
Ternyata Tuhan melindungiku, dan memanjangkan umurku.
Julai 2009 aku memasuki Uitm, satu pengalaman yang ngeri bagiku kerana meninggalkan keluarga dan pengalaman pertama keluar bermastautin di negeri orang tanpa sesiapapun yg aku kenal. Tetapi perassaan, takut, cuak, goyang tu hanyalah seminggu pertama aku di Melaka.

Aku diketemukan dengan sebuah kolej yang bernama Jebat, dimana semua orang tidak menyukai kolej itu, sebab ganas laa, budak2 dia jahat laa. Sebagai part one yg hanjing, sapa x goyang. tetapi belum smpai sebulan di Melaka, aku sudah mula menyayangi Melaka, kerana kolejku Jebat. Walaupun ramai tidak mengetahui, tetapi perhubungan junior-senior dkt sini lain macam. mula-mula nmpk teruk, tapi dah lama, dah mcam adik beradik.

waktu part 1 dan part 2, aku lah adik, yg menghormati senior2. pengalaman aku bersama mereka tidak boleh aku lupakan, kerana tersangatlah Sempoy!. ahahahaah, sedih jugak bila terpisah dengan mereka, tapi apakan daya, semua dah grad, semua nk smbung belajar (degree).
sewaktu part 3-4, aku sudah mula mengenali kehidupan, dan aku berani kata, memang aku lagi matang. bila dkt tgh2, lagi best, sebab ada junior dan senior. aku sayang junior2 aku, aku cuba sedaya upaya tolong mereka. Tuhan kata, tolong orang, tuhan tolong kita.

bila dah naik part 5, aku terikat dengan beberapa tanggungjawab. dengan kesibukan semester 5, dengan assignment mcm orang gila, aku tak sehapy dulu lepak dkt blok. lagi satu sebab ramai budak2 batch level aku dah duduk luar, tapi sebab ada junior2 yg baik dan paham dgn aku, aku stay dalam. boleh je nk duduk luar, tapi aku dah terbiasa dgn kehidupan adik beradik yg ramai dkt sini.

Sekarang ni semester 6, bila aku tulis blog ni, sumpah aku cakap, aku sebak. terkedu2 la jugak tulis. walaupun belum habis part 6, aku dapat ras yang bila hari last aku dekat sini, aku salah sorang manusia yg paling sedih dalam dunia. aku tak dapat bayangkan macamana bila dah tak jumpa adik2 aku dkt sini lagi. adakah hubungan kami skrg nie terputus macamtuh saja..
sumpah aku sedih. tambahan sekarnag nie, kelas sekali seminggu, so memang kebanyakan masa aku dekat blok. mana tak sedih bhai..

tapi apakan daya, setiap babak dalam hidup kita ada permulaan, pertengahan, dan penghujungnya.

*aku yakin, penghujung nya bukan smpai aku habis belajar dkt sini, penghujungnya smpai aku menghembuskan nafas terakthir dekat dunia ni.......

No comments:

Post a Comment